Masalah penggelodakan di struktur pengambilan : satu kajian model /

Struktur pengambilan air biasanya dibina pada bahagian lengkuk likuan sungai untuk mengelakkan masalah pengenapan. Akan tetapi, Loji Pembersihan Air Sungai Ular, Kulim telah mengalami masalah enapan yang serius pada struktur pengambilannya walaupun kedudukannya adalah bersesuaian. Untuk mengkaji mas...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 396530 Heng, Ah Choon
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1993
Subjects:
Description
Summary:Struktur pengambilan air biasanya dibina pada bahagian lengkuk likuan sungai untuk mengelakkan masalah pengenapan. Akan tetapi, Loji Pembersihan Air Sungai Ular, Kulim telah mengalami masalah enapan yang serius pada struktur pengambilannya walaupun kedudukannya adalah bersesuaian. Untuk mengkaji masalah dia tas, satu model fizikal telah dibina untuk menghasilkan satu corak sedimentasi yang seakan-akan sama dengan keadaan di tapak. Dalam oeprasi model, bebrapa kadaralir yang berlainan telah diuji. Keputusannya didapati kuantiti endapan adalah berkadaran dengan kadaralir sungai dan sebahagian daripad abahan endapan ini merupakan beban dasar yang ditolak masuk dari bahagian lengkuk cembung likuan. Daripada pemerhatian, dapat disimpulkan bahawa punca utama kepada masalah dia tas adalah merupakan pelebaran yang berlebihan pad likuan sungai tersebut. Lanjutan kepada projek ini, data-data yang lebih terperinci seperti kadaralir sedimen, kadaralir sungai dan taburan halaju perlu diperolehi untuk mengesahkan ketepatan model ini. Seterusnya, keberkesanan kaedah-kaedah pemulihan yang dicadangkan boleh diuji.