Kajian penubuhan stesen hidrometeorologi di UTM Sekudai/

Stesen hidrometeorologi merupakan elemen penting bagi menentukan sifat-sifat asas keadaan cuaca di persekitarannya. Penubuhan stesen hidrometeorologi adalah operasi asas dalam hidrologi dan ia merupakan satu langkah yang penting bagi membuat persediaan dan rujukan untuk sebarang perbincangan, pemban...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 397257 Rosliza Abd Mutalib
Format:
Published: Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1993
Subjects:
Description
Summary:Stesen hidrometeorologi merupakan elemen penting bagi menentukan sifat-sifat asas keadaan cuaca di persekitarannya. Penubuhan stesen hidrometeorologi adalah operasi asas dalam hidrologi dan ia merupakan satu langkah yang penting bagi membuat persediaan dan rujukan untuk sebarang perbincangan, pembangunan dan rekabentuk khas di masa-masa akan datang di kampus U.T.M, Skudai. Dalam penempatan sebuah stesen hidrometeorologi, pertimbangan yang perlu diambil kira ialah keadaan tapak yang merangkumi sifat-sifat dan kesesuaian, tujuan dan kegunaan perhubungan, kepakaran teknikal, pengawalan serta operasi yang akan dijalankan. Parameter-parameter hidrologi yang bersifat selanjar khasnya aspek keamatan hujan, kelembapan udara, keterikan matahari dan halaju angin adalah perlu direkodkan bagi tujuan tersebut. Kajian ini adalah bertujuan untuk mendapatkan ciri-ciri lebat hujan di stesen hidrometeorologi. Disebabkan beberapa masalah teknikal dan kewangan yang tidak dapat dielakkan, kajian seterusnya dari data-data lebat hujan diambil dari stesen-stesen yang berdekatan seperti stesen Ladang Senai di Senai dan stesen stor JPS di Larkin. Analisis lebat hujan tersebut diambil bertujuan untuk menganggarkan lebat hujan di kawasan kajian. Di akhir kajian kesesuaian tapak telah dapat dikenal pasti. Kesimpulan dan cadangan untuk memperbaiki kajian bagi mendapatkan keputusan yang lebih baik juga dibncangkan.