Summary: | Reaktor kacukan Anaerobik (AHR) adalah satu kaedah dalam merawat airsisa industri. Proses ini adalah Kombinasi Reaktor Selimut Enapcemar Alir-atas Anaerobik dibahagian bawah dan Sistem Media Penapis dibahagian atas reaktor. Sungguhpun kaedah ini masih baru dan kegunaanya di Malaysia tidak meluas, ia berpotensi untuk dimajukan seperti di negara-negara lain. Dalam kajian ini, model AHR skala makmal telah direkabentuk dan dibina berdasarkan pengalaman pengkaji-pengkaji sebelum ini. Menggunakan model ini, perhatian ditumpukan kepada kajian perbandingan antara beberapa parameter terhadap keberkesanan rawatan airsisa industri ini. Kajian dilakukan untuk menentukan kualiti airsisa daripada analisis influen dan efluen. Parameter yang dikaji termasuklah COD, pH, TSS dan VSS. Semua kaedah analisis adalah berdasarkan kepada Standard Methods (APHA). Keputusan yang didapati ialah reaktor ini mencapai kecekapan sebanyak 59 peratus penyingkiran COD.
|