Analisis dan rekabentuk struktur penahan cecair konkrit di atas permukaan tanah /

Projek ini membincangkan kaedah-kaedah analisis dan rekabentuk struktur penahan cecair atas permukaan tanah samada struktur menara atau struktur yang dibina pada permukaan bumi. Kaedah-kaedah analisis struktur yang dibina tersebut dan rekabentuk berasaskan kepada kod praktik BS8007:1987 dibincangkan...

ver descrição completa

Detalhes bibliográficos
Autor principal: 401833 Tan, Kim Tiang
Formato:
Publicado em: Sekudai : UTM, 1993
Assuntos:
Descrição
Resumo:Projek ini membincangkan kaedah-kaedah analisis dan rekabentuk struktur penahan cecair atas permukaan tanah samada struktur menara atau struktur yang dibina pada permukaan bumi. Kaedah-kaedah analisis struktur yang dibina tersebut dan rekabentuk berasaskan kepada kod praktik BS8007:1987 dibincangkan. Bentuk-bentuk struktur penahan cecair yang tertentu memerlukan kaedah-kaedah analisis yang tertentu. Akan tetapi dalam projek ini, kaedah-kaedah analisis bagi bentuk-bentuk struktur yang berlainan dibincangkan secara ringkas dan perhatian tertumpu dalam menganalisis struktur berbentuk selinder. Analisis dan rekabentuk tertumpu pada komponen-komponen yang penting seperti dinding, papak dan juga bumbung. Untuk memberikan gambaran yang lebih jelas, penulis telah menghasilkan satu contoh analisis serta rekabentuk telah menghasilkan satu contoh analisis serta rekabentuk yang lengkap bagi tangki simpanan air berbentuk selinder dengan bumbung kelompang sfera. Selain dari itu, penulis juga menyentuh tentang bentuk-bentuk struktur dan dimensinya yang ekonomi serta faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan bentuk struktur. Kesan-kesan rayapan, suhu dan pengecutan konkrit terhadap rekabentuk struktur tersebut turut dibincangkan. Akhir sekali, kaedah pembinaan dan sambungan-sambungan pembinaan juga diterangkan.