Penggunaan bahan pengukuh dalam sisa kisaran konkrit berasfalt /
Penggunaan semula konkrit berasfalt merupakan satu teknologi baru di Malaysia. Kajian literatur telah menunjukkan bahawa bahan kisaran konkrit berasfalthasil kikisan sebelum penurapan semula boleh digunakan semula sebagai lapisan permukaan jalan dengan berbagai-bagai kaedah. Kebanyakan daripada kaed...
Main Author: | |
---|---|
Format: | |
Published: |
Sekudai : UTM,
1993
|
Subjects: |
Summary: | Penggunaan semula konkrit berasfalt merupakan satu teknologi baru di Malaysia. Kajian literatur telah menunjukkan bahawa bahan kisaran konkrit berasfalthasil kikisan sebelum penurapan semula boleh digunakan semula sebagai lapisan permukaan jalan dengan berbagai-bagai kaedah. Kebanyakan daripada kaedah tersebut menggunakan bahan pemulih (rejuvenating agent) yang dibeli dari luar negeri dengan harga yang mahal bagi mengembalikan semula sifat-sifat asal konkrit berasfalt. Kajian ini akan menumpukan kepada penggunaan minyak kelapa sawit yang mudah didapati dan harganya murah sebagai agen pemulih sisa kisaran turapan konkrit berasfalt. Langkah awal adalah membuat penggredan dan menentukan kandungan bitumen dalam sisa kisaran yang diperolehi. Penyediaan sampel-sampel Marshall serta penambahan kandungan minyak kelapa sawit dalam sisa kisaran mengikut kadar tertentu dibuat. Seterusnya ujian makmal terhadapkestabilan, lekukan, ketumpatan dan kandungan lompang akan dilakukan ke atas sampel-sampel ini. |
---|