Summary: | Secara am terdapat beberapa bentuk saluran sungai, seperti bentuk lurus, bentuk berliku, bentuk berjalin, dan berbagai-bagai bentuk lagi. Bagi saluran berliku pengagihan halajunya adalah lebih kompleks dan tidak segaya berbanding dengan saluran lurus. Ini adalah disebabkan oleh pengaruh parameter di likuan seperti jejari kelengkungan, ukur-panjang likuan, ukurlebar likuan, kadaralir likuan dan lain-lain. Projek ini melibatkan kajian terhadap aliran di likuan dengan menghitung komponen halajunya pada setiap keratan tertentu di likuan. Halaju bagi pengembangan dan kehancuran aliran sekunder di dalam saluran berliku dikira menggunakan persamaan Rozovskil's yang diubahsuai dan aliran utama dikira menggunakan kaedah pembezaan terhingga dengan mengambil kira pengaruh aliran sekunder pada keratan yang dipertimbangkan. Di samping itu jarak selepas likuan bilamana halaju utama kembali kepada keadaan asal juga telah didapati. Hasil daripada kajian ini bahagian yang akan berlakunya pengembangan halaju maksimum dan minimum di dalam likuan dapat ditentukan. Oleh itu kawasan yang mungkin akan berlakunya hakisan dan pemendapan maksimum dapat ditentukan.
|