Kajian penggunaan cerucuk terjara di sekitar Kuala Lumpur /

Cerucuk terjara merupakan salah sejenis cerucuk yang digunakan secara meluas sebagai asas kepada bangunan-bangunan tinggi. Projek ini membuat kajian tentang penggunaan cerucuk terjara di sekitar Kuala Lumpur secara kajian literatur dan juga kajian kes. Aspek dan geoteknik sekitar Kuala Lumpur dikaji...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 403047 Teh, Saw Pin
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1993
Subjects:
Description
Summary:Cerucuk terjara merupakan salah sejenis cerucuk yang digunakan secara meluas sebagai asas kepada bangunan-bangunan tinggi. Projek ini membuat kajian tentang penggunaan cerucuk terjara di sekitar Kuala Lumpur secara kajian literatur dan juga kajian kes. Aspek dan geoteknik sekitar Kuala Lumpur dikaji dan dikaitkan dengan kesesuaian penggunaan cerucuk terjara keatas jenis-jenistanah yang berlainan. cara penentuan keupayaan cerucuk terjara dengan menggunakan ujian-ujian beban statik dan dinamik ditinjau. Prosidur-prosidur pembinaan, spesifikasi dan peralatan yang digunakan dalam pembinaan cerucuk terjara untuk jenis-jenis keadaan tapak yang berlainan adalah berbeza. Masalah-masalah yang ditemui dikawasan batu kapur, kawasan berair bumi, kawasan tanah tidak stabil, kawasan berbatu tongkol danc cara-cara mengatasinya dibincangkan. Prestasi cerucuk terjara sekitar Kuala Lumpur dikaji dari keputusan ujian beban lazim tapak-tapak pembinaan yang berlainan. Perbandingan dibuat terhadap keupayaan cerucuk, kaedah-kaedah pembinaan dan masalah-masalah yang dihadapi dalam kes-kes tersebut.