Kajian awal pembuatan produk logam dengan teknik kajilogam serbuk /

Dalam industri pengeluaran dan pembuatan barangan, bidang kajilogam serbukmerupakan suatu teknik yang baru dan semakin popular. Ini adalah keranadengan teknologi ini, berbagai barangan dan komponen dapat dihasilkan denganlebih mudah, cepat, murah dan berkualiti.Dewasa ini teknologi kajilogam serbuk...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 413447 Mohd. Adzhar Ahmad
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1993
Subjects:
Description
Summary:Dalam industri pengeluaran dan pembuatan barangan, bidang kajilogam serbukmerupakan suatu teknik yang baru dan semakin popular. Ini adalah keranadengan teknologi ini, berbagai barangan dan komponen dapat dihasilkan denganlebih mudah, cepat, murah dan berkualiti.Dewasa ini teknologi kajilogam serbuk semakin berkembang dengan penemuanteknik-teknik yang terbaru, namun konsep asasnya masih tidak berubah iaitupenghasilan serbuk logam, pengadunan, pemadatan, persinteran dan operasipenyudahan. Disamping itu terdapat beberapa proses yang merupakan prateknik asasnya seperti merekabentuk acuan, mambuat pilihan jenis-jenisserbuk yang akan digunakan. Manakala kontranya pula adalah proses pengawalanbagi menjamin kualiti produk yang dihasilkan.Seterusnya bagi melengkapkan kajian awal ini maka sejenis produk telah dipilih untuk dihasilkan iaitu berus logam grafit. Dengan ini kesemua teknik-teknik yang telah dikaji sebelum ini dipraktiskan disini. Namun wujud berbagai masalah yang tidak dapat dielakkan seperti kekurangan peralatan dan masalahkos yang tinggi. Sungguhpun demikian masalah ini telah dapat diatasi denganmendapat kerjasama daripada pihak Unit Kajilogam (Midec), SIRIM. Tetapimasih wujud masalah-masalah sampingan yang tidak dapat dielakkan sepertikerosakkan alat dan sebagainya di mana ini sedikit sebanyak telah menjejaskan kelancaran projek ini. Natijahnya dapat dibuat disini bahawa projek ini tidak terlaksana dengan sepenuhnya iaitu matlamat terakhir projek ini tidak dapat dicapai bagi menghasilkan suatu komponen dengan teknik kajilogam serbuk. Oleh yang demikian penyelidik berharap pihak-pihak yang berkenaan dapat memberi perhatian yang lebih bagi menjayakan projek ini amnya dan teknik kajilogam serbuk khasnya.