Kehilangan kemasukan bagi elemen pengawal kebisingan /

penyengap merupakan satu alat yang digunakan untuk menyerap bunyi yang tidak dikehendaki dan ianya banyak digunakan pada sistem pengudaraan dan sistem penyejukan udara. Projek tahun akhir ini merupakan satu kajian berkenaan pengubahsuaian pengasing bagi sebuah penyengap yang telah direkabentuk oleh...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 308081 Norsiah Ibrahim
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1993
Subjects:
Description
Summary:penyengap merupakan satu alat yang digunakan untuk menyerap bunyi yang tidak dikehendaki dan ianya banyak digunakan pada sistem pengudaraan dan sistem penyejukan udara. Projek tahun akhir ini merupakan satu kajian berkenaan pengubahsuaian pengasing bagi sebuah penyengap yang telah direkabentuk oleh pelajar yang terdahulu, serta perbandingan dengan penyengap yang ada pasaran sekarang berpandukan kepada piawaian di dalam Engineering Science Data Unit (ESDU 82002). Pemendekan dilakukan keatas panjang pengasing di mana panjang asal pengasing adalah 1000mm. sebanyak dua set pengasing yang diubahsuai iaitu 600mm dan 900mm panjang. Ujikaji dilakukan ke atas ketiga-tiga set pengasing untuk membuat perbandingan di antara penyerap bagi pengasing yang direkabentuk oleh pelajar terdahulu dengan penyengap bagi pengasingan yang telah diubahsuai. Ujikaji yang dilakukan adalah ujian prestasi akustik, dimana perbezaan nilai paras tekanan bunyi yang dihasilkan (SPL) merupakan nilai kehilangan kemasukan atau prestasi akustik yang dikehendaki. Pengukuran terhadap kehilangan tekanan juga dilakukan dalam ujikaji ini. Ujikaji ini dijalankan di dalam dua bilik gemaan yang terletak di makmal akustik. Kipas digunakan sebagai sumber bunyi bagi keadaan aliran dinamik iaitu dengan kehadiran aliran udara. Oleh itu, terdapat kejatuhan nilai tekanan di dalam ujikaji yang dijalankan.