Summary: | Projek Animasi Berkomputer difakulti Saina Komputer dan Sistem Maklumat terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu (i)Animasi (ii)Pakej Haji Dan Umrah (iii)Animasi Pengiklanan. Projek yang dilaksanakan ini merangkumi bahagian Animasi Kartun sahaja. Objektif Projek Animas Kartun ini ialah mengenalkan kepada kanak-kanak abjad asas dan juga untuk divideokan. Tujuan projek ini ialah untuk menyediakan satu prototaip selaras dengan objektif utama projek. Projek ini merangkumi tujuh fasa perlaksanaan iaitu fasa mereka cerita,perjalanan cerita,lakaran objek, mengimbas objek, proses menganimasi, pemasukan suara dan akhir sekali mewarnakan objek. Animasi kartun ini dibangunkan persekitaran komputer Macintosh IIci dengan menggunakan perisian MacroMind.
|