Resumo: | Sistem Inventori FSKSM ialah satu sistem prototaip yang dibangukan bertujuanuntuk memperkemaskan lagi sistem yang dilakukan secara manual pada masa kini. Sistem ini dapat membantu kerja-kerja mereka yang terlibat dalam tugas-tugas menyelenggara dan menyimpan rekod-rekod inventori di Pejabat Am FSKSM. Sistem ini berupaya untuk menyimpan maklumat-maklumat inventori dipejabat FSKSM seperti alatulis, harta tetap seperti mesin taip, perabot dan juga peralatan komputer. Segala maklumat yang berkaitan boleh dimasukkan secara interaktif dan disimpan didalam pengkalan data. Sistem ini juga dapat mengeluarkan laporan-laporan dan juga maklumat untuk penganalisaan. Sistem ini menyediakankemudahan pengemaskini seperti mengubahsuai, menghapus rekod dengan lebih cepat dan sempurna. Sistem dibangunkan ini dibina dengan menggunakan Perisian 4th Dimension versi 2.0 dan menggunakan komputer Macintosh SE. Adalah diharapkan ddengan adanya sistem ini akan dapat membantu dan memudahkan kerja mereka-mereka yang terlibat dengan Sistem Inventori di FSKSM.
|