Summary: | Penyelidikan ini merupakan suatu inisiatif ke arah menghurai sifat dan perlakuan tindakbalas terma manusia terhadap persekitaran kerja normal mereka. Peralatan tertentu telah digunakan untuk mengukur parameter berkesan. Paras aktiviti adalah 1.0/1.2 met dan unit rintangan pakaian dari 0.4 hingga 1.2 clo pertimbangkan. Sejumlah 509 data pengukuran Comfort Meter dan 188 data borang soal selidik terhadap 20 subjek dari 2 lokasi telah diproses melalui analisa statistik. didapati faktor utama yang mempengaruhi persepsi keselesaan bagi subjek Malaysia adalah suhu dan kelembapan relatif udara. julat operatif yang behasil mengekalkan persepsi selesa subjek adalah, Suhu udara, 21.34'C hingga 25.93'C, Kelembapan relatif, 51.44% hingga 69.49%. Sementara julat halaju udara iaitu dari 0.09 m/s hingga 0.21 m/s adalah nilai yang memberi kesan nyata dalam memantapkan persepsi kesegaran sesebuah ruang. Persepsi Comfort Meter yang didapati lebih rendah telah diperbaiki selaras dengan persepsi sebenar subjek yang lebih toleran terhadap suhu udara yang tinggi. Perbezaan hampir 1.5'C suhu selesa maksima yang diperolehi berbanding anggaran ASHRAE pada amnya adalah tidak ebgitu kritikal sebagai memenuhi persepsi subjek di Malaysia. Manakala kelembapan relatif maksima yang dikesan adalah sepadan dengan iklim panas/ lembap di Malaysia. Persepsi terhadap halaju pula bersesuaian dengan anggaran kelajuan udara yang dianggar serta dipraktikkan oleh ASHRAE iaitu kurang dari 0.23 m/s. PEmbentukan Zon-zon keselesaan yang menggabubgkan parameter-parameter berkesan merupakan hasil keputusan penting penyelidikan. bergantung kepada persekitaran kerja dan juga cuaca di luar ruang, Zon-zon keselesaan ini dapat membantu kerja-kerja penyelenggaraan dan juga rekabentuk ruang yang dibekalkan sistem penyaman udara di Malaysia.
|