总结: | Cahaya suria dan udara merupakan sumber yang penting di dalam kehidupan setiap makhluk di mukabumi ini. Sebagai contoh, cahaya suria memberi manusia vitamin serta menolong tumbuh-tumbuh menjalani proses fotosintesis dan uara pula memberikan manusia kesihatan yangbaik jika ianya berada di dalam keadaan nyaman dan bersih. pencemaran udara merupakan masalah yang dihadapi oleh dunia pada masakini. Salah satu punca yang menyababkan pencemaran udara ini adalah dari pembebasan asap yang mengandungai gas carbon fluorochloride (CFC). FGas ini dibebaskan dari penggunaan sumber tenaga yang mana bahanbakar adalah seperti arangbatu, petrol dan diesel. gas ini turut menjadi salah satu punca penipisan lapisan ozon di ruang angkasa. Di samping itu penggunaan sumber tenaga dari bahanbakar tersebut secara berterusan akan menyebabkan ianya akan kehabisan pada suatu masa kelak. Ini disebabkan bahanbakar tersebut merupakan sumber tenaga yang memepunyai simpanan terhad. menyedari akan kesan buruk terhadap kehabisan sumber tenaga jika penggunaan bahanbakar ini diteruskan tanpa kawalan, maka usaha untuk mendapatkan satu sumber tenaga baru yang mana penggunaannya tidak terhad telah dilakukan. Hasilnya, mincullah idea untuk menggunakan cahaya suria sebagai sumber tenaga baru bagi menggantikan sumber tenaga yang terhasil dari bahanbakar tersebut. Pada masakini banyak kajian telah dilakukan untuk meningkatkan lagi kecekapan dan penggunaan sumber tenaga suria ini. Salah satu kajian yang telah dan sedang dilakukan adalah untuk menggunakan tenaga suria ini sebagai sumber tenaga bagi menggerakkan kenderaan yang beroperasi di darat seperti kereta. Oleh yang demikian, kajian tesis ini adalah tertumpu kepada merekabentuk casis kereta yang mana tenaga suria adalah sumber tenaga untuk menggerakkannya serta mengenali segala pakej kejuruteraan yang terdapat pada kereta ini.
|