Perumahan industri di Taman Keramat/

Kawasan perumahan industri tidak begitu popular dalam projek-projek perumahan yang dirancangkan. Pekerja-pekerja industri terutama mereka didalam golongan peringkat pekerja-pekerja buruh menghadapi masalah dalam mencari tempat mereka bekerja. Di Taman Keramat 25% daripada pekerja industrinya tinggal...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 424194 Zaleha Shaari
Format:
Subjects:
Description
Summary:Kawasan perumahan industri tidak begitu popular dalam projek-projek perumahan yang dirancangkan. Pekerja-pekerja industri terutama mereka didalam golongan peringkat pekerja-pekerja buruh menghadapi masalah dalam mencari tempat mereka bekerja. Di Taman Keramat 25% daripada pekerja industrinya tinggal di kawasan-kawasan setinggan. Dari kajian sosial yang dijalankan didapati 87% daripada pekerja industri di Taman Keramat adalah mereka yang berada didalam peringkat terbawah dan berpendapatan diantara $150.00-$249.00 sebulan. Memandangkan demikian adalah wajar dicadangkan satu kominiti industri. Melalui usaha menubuhkan kominiti industri ini dapat menentukan pekerja-pekerja mendiami ataupun memiliki rumah mereka sendiri mengikut kemampuan dan kehendak masing-masing. Cadangan jenis perumahan untuk golongan peringkat ke empat adalah rumah pangsa dan cluster link. Masing-masing berharga anggaran $9000.00 dan $7000.00. Bagi golongan peringkat ketiga ($250.00-$499.00), dicadangkan rumah deret dua bilik berharga $17,000.00. Bagi golongan berpendapatan kedua ($500.00-$999.00) dan pertama (lebih $1000.00) pula dicadangkan rumah teres tiga bilik dan berbanding dua tingkat yang masing-masing berharga $27,000.00 dan $44,000.00. Cadangan perumahan bagi komuniti industri ini disediakan dalam bentuk pelan tata-atur.