Summary: | Projek ini merupaan kajian mengenai kesan pengodakan ultrasonik keatas sifat mekanikal bahan sadauran nikel tanpa elektrik dengan campuran serbuk karbon. kajian adalah terbahagi kepada 2 bahagian iaitu kesan keatas barangan saduran nikel dan barangan yangbersadur dengan nikel bercampur dengan serbuk karbon. karbon digunakan untuk menggantikan serbuk teflon yang sukar diperolehi. kajian ini menumpukan kepada beberapa parameter proses seperti suhu, nilaiph, kuasa ultrasonik dan kuantiti serbuk karbon yang digunakan. kepingan keluli lembut disadur selama satu jam dengn kombinasi parameter yang berlainan dan ujian-ujian kualiti seperti ujian rintangan karat, ujian ketegangan dan kekerasan akan dijalankan keatas saduran nikel tersebut. kajian juga akanmembincangkan kesan pengodakan ultrasonik terhadap kadar enapan sadurannikel. daripada keputusan yang didapati, kesimpulan dibuat bahawa pengodakan ultrsonik meningkatakan sifat tahan karat saduran, meningkatkan nilai utstetapi mengurangkan % had pemanjangan bahan.
|