Penganggaran beban haba secara berkomputer/

Penganggaran beban haba sesebuah bangunan merupakan teras di dalam merekabentuk sesbuah hawa dingin. Senario sekarang menunjukkan proses ini dilakukan oleh para jurutera dengan menggunakan borang penganggaran beban haba (untuk pengiraan secara manual). Di dalam tesis ini sebuah perisian telah dibent...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Khairul Imran Che' Man
Format:
Published: Sekudai: UTM, 1993
Subjects:
Description
Summary:Penganggaran beban haba sesebuah bangunan merupakan teras di dalam merekabentuk sesbuah hawa dingin. Senario sekarang menunjukkan proses ini dilakukan oleh para jurutera dengan menggunakan borang penganggaran beban haba (untuk pengiraan secara manual). Di dalam tesis ini sebuah perisian telah dibentuk untuk memudahkan para perekabentuk merekabentuk sistem hawa dingin dengan mudah dan cepat. Di samping merekabentuk perisian ini dibuat selengkap mungkin untuk tujuan menyemak pengiraan beban haba dengan cepat. Perisian yang digunakan adalah perisian yang dibuat dengan menggunakan bahasa TURBO BASIC. Keperluan kepada sebuah perisian untuk tujuan merekabentuk sistem hawa dingin adalah sangat perlu dewasa ini. Ini memandangkan kekangan masa dan kerumitan di dalam tugas merekabentuk ini. Dengan bangunan yang lebih canggih, maka pengiraan beban haba menjadi remeh dan ebgitu banyak sekali kekangan yang timbul. Dengan menggunakan perisian ini segala masalah tersebut dapat di atasi. Ini kerana kesemua jadual-jadual yang penting telah diintegrasikan di dalam perisian. Perisian ini juga bukan sahaja dapat menganggarkan beban haba, malah ia memberi cadangan untuk pemilihan peralatan dan juga di dalam penganggaran kos. Perisian yang mudah digunakan ini, direkabentuk sebegitu mudah sehingga membolehkan seseorang yang tidak mempunyai latarbelakang kejuruteraan dapat menganggarkan beban haba sesebuah bangunan.