总结: | Salah satu sumber bahan buangan yang boleh diguna semula (recycle) adalah tin minuman yang diperbuat daripada aluminium. Tin minuman aluminium yang kosong atau dikenali sebagai 'kaleng' aluminium akan mencemarkan alam sekitar apabila dibuang dan terbiar merata-rata kerananya ianya sukar dan mengambil masa yang panjang untuk mengalami proses pereputan dimana ini amat merbahaya samada dari segi kesihatan atau keselamatan disebabkan sisi-sisinya yang tajam. Ianya juga akan memberi masalah penyimpanan kerana memerlukan ruang yang besar apabila dikumpulkan dalam jumlah atau bilangan yang banyak. Untuk menyelesaikan masalah yang dinyatakan, kaleng-kaleng ini perlu dikemekkan (crushed) atau dimampatkan terlebih dahulu sebelum dikumpul untuk diguna semula atau dibuang dilokasi yang selamat. Pada masa ini di negara kita, tiada satu cara pun yang sesuai untuk mengemekkan kaleng-kaleng ini dalam bilangan yang kecil. Oleh itu, kajian tesis ini adalah tertumpu pada merekabentuk sebuah alat untuk mengemekkan kaleng minuman aluminium ini, dimana seterusnya dikenali ringkasnya sebagai 'Ken Kresher'.
|