Summary: | Kajian ini menumpukan kepada dua aspek utama iaitu kajian teori yang mendalam dan juga ujikaji yang ekstensif berhubung dengan kegagalan matalat semasa proses melarik. Daripada kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik terdahulu, di dapati bahawa sebab utama kegagalan sesuatu ialah halaju pemotongan. Faktor lain yang turut mempengaruhi kegagalan ialah rawatan haba, getaran, bendalir pemotong, suhu semasa pemotongan, kehadiran pinggir terbina, kekuatan bandingan matalat dengan bahankerja dan geometri matalat pemotongan. Berpandukan maklumat di atas maka ujikaji telah dilakukan dengan menumpukan kepada parameter utama iaitu halaju pemotongan, kadar huluran dan daya semasa pemotongan. Ujikaji ini dilakukan berdasarkan kepada piawaian ISO 3685, "Specification for Tool-life Testing with Single-point Turning Tools". Keputusan ujikaji di dapati memuaskan walaupun dengan menggunakan peralatan yang kurang baik.
|