Experimental studies of sheet stretchability/

Projek ini adalah bertujuan untuk mempelajari perilaku bahan kepingan logam yang dikenakan proses regangan. Kajian ke atas kebolehregangan kepingan logam adalah bertujuan untuk menentukan takad kebolehbentukan suatu bahan kepingan logam tersebut. Terdapat dua jenis ujian asas yang dapat menentukan k...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 429653 Aguse Adi
Format:
Published: 1992
Subjects:
Description
Summary:Projek ini adalah bertujuan untuk mempelajari perilaku bahan kepingan logam yang dikenakan proses regangan. Kajian ke atas kebolehregangan kepingan logam adalah bertujuan untuk menentukan takad kebolehbentukan suatu bahan kepingan logam tersebut. Terdapat dua jenis ujian asas yang dapat menentukan kebolehregangan kepingan logam iaitu Ujian Hakiki (intrinsic test) dan Ujian Selaku (simulative test). Ujian Hakiki adalah untuk menentukan sifat-sifat mekanikal bahan dan ujian Selaku adalah untuk menentukan had kebolehbentukan kepingan logam untuk tujuan pengeluaran produk yang dihasilkan dari pembentukan kepingan logam. Keputusan daripada ujikaji yang telah dibuat ke atas bahan-bahan kepingan logam yang dipilih adalah untuk membuat perbandingan antara satu sama lain dan menentukan kesesuaian bahan tersebut digunakan dalam operasi pembentukan. Mislanya di dalam Ujian Hakiki seperti ujian tegangan, dilakukan untuk mendapatkan nilai kekuatan alah dan kekuatan muktamad bahan apabila dikenakan proses regangan. Di samping itu penentuan nilai pekali pengerasan terikan, n dan niali nisbah terikan palstik, r adalah di antara sifat-sifat yang boleh menentukan kebolehbentukan kepingan logam. Bagi Ujian Selaku seperti Erichsen cupping test telah menunjukkan had ketinggian penarikan dan had terikan maksinum apabila dikenakan proses regangan.