Pengasingan dan pengenalpastian sebatian semula jadi daripada spesies kaempferia galanga dan curcuma sp./

Kajian komponen kimia telah dijalankan ke atas dua spesis daripada tumbuhanZingiberaceae iaitu Kaempferia galanga dan Curcuma sp. Pengasingan sebatiankimia telah dijalankan dengan teknik kromotografi dan pengenalpastianstrukturnya dengan keadah spektroskopi. dua sebatian semula jadi telah diasingkan...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 435159 Chye, Boon Long
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1993
Subjects:
Description
Summary:Kajian komponen kimia telah dijalankan ke atas dua spesis daripada tumbuhanZingiberaceae iaitu Kaempferia galanga dan Curcuma sp. Pengasingan sebatiankimia telah dijalankan dengan teknik kromotografi dan pengenalpastianstrukturnya dengan keadah spektroskopi. dua sebatian semula jadi telah diasingkan dan dikenalpasti daripada spesies Kaempferia galanga, iaitu etiltransp-metoksisinnamat sebagai komponen utama dan etil trans sinnamat sebagai komponen minornya. Tindakbalas kimia ke atas komponen utama daripadaspesies Kaempferia galanga telah dikaji. Hidrolisis bagi etil trans-p-metoksisinnamat di dalam metanol-kalium hidroksida menghasilkan asid p-metoksisinnamik. Komponen kimia utama dariapda spesies Curcuma sp. pula telah dikenalpasti sebagai seskuiterpena germakron, manakala komponen minornya ditentukansecara tentatif sebagai sebatian fenolik diarilheptanoid.