总结: | Teknologi multimedia dalam penyampaian maklumat kini telah memasuki era yang lebih cerah berbanding sebelum ini. Selaras dengan perkembangan yang sihatini, maka pakej ini dibangunkan untuk memenuhi citarasa pengguna masa kini."Pakej Maklumat Fakulti Menggunakan Teknik Multimedia" adalah satu pakej yang memenuhi konsep multimedia dalam berkomunikasi dengan komputer bagi memperolehi maklumat yang berkaitan dengan fakulti termasuk latarbelakang, kursus-kursus yang ditawarkan, kemudahan-kemudahan yang ada dan sebagainya. Pembangunan pakej ini bukan sahaja berlandaskan maklumat-maklmat yang telah sedia ada secara manual seperti dalam bentuk pamphlet, prospektus dan buku cenderamata tetapi juga terdapat gambar-gambar video. Bahan-bahan tersebut diadun dandibangunkan menggunakan perisian Audio Visual Connection (AVC) Versi 1.05dengan IBM PS/2 sebagai perkakasan utama. Matlamat pakej ini adalah untukmemudahkan kerja pihak fakulti dalam mengemukakan sesuatu maklumat untukkepentingan fakulti dan perseorangan.
|