Belaian jiwa /

Indahnya cinta yang membelai jiwa tatkala kau ucapkannya. Namun, sering pula aku resah bila ada saja penghalang. Pedih dan sedih dihina hanya aku yang merasainya. Rasa sakit kerana dibohongi hanya aku yang mengerti. Terkapai-kapai kukelemasan untuk merungkaikan suatu kejujuran. Hanya ALLAH yang tahu...

全面介绍

书目详细资料
主要作者: Eka Fahara, 1969- 576042
格式:
语言:may
出版: Shah Alam, Selangor : Alaf 21 Sdn. Bhd., 2007
主题:
实物特征
总结:Indahnya cinta yang membelai jiwa tatkala kau ucapkannya. Namun, sering pula aku resah bila ada saja penghalang. Pedih dan sedih dihina hanya aku yang merasainya. Rasa sakit kerana dibohongi hanya aku yang mengerti. Terkapai-kapai kukelemasan untuk merungkaikan suatu kejujuran. Hanya ALLAH yang tahu betapa parahnya aku menanggung. Maka, perlu lagikah aku merahsiakan gelodak hati ini? Syed Danial Hafizi... di manakah harus kuletakkan harga didi ini bila Tengku Amnah mempersoalkan keikhlasan hatiku? Persoalan yang terus memburu dan mengacau damai kasih tika cinta kita telah kukuh tersemat di sanubari. Ah... aku tak sanggup menghadapi perpisahan ini. Zahri... kasih sayangku terhadapmu hanyalah kasih sayang seorang adik terhadap abang. Aku tidak mahu meneruskan perkahwinan ini kerana aku belum bersedia ke arah itu. Walaupun pahit dan penuh duka, aku nekad menoktahkan hubungan ini. Maafkan aku... Adim... sikap ambil beratmu membuatkan aku terharu. Bergetar jiwa ini bila panahan matamu menikan jantungku. Namun, bila menyedari siapa diri ini, rasa bersalah bercambah di hati. Alisya rimas mendambakan cintanya. Antara tiga lelaki itu, yang manakan harus dia menyemai kasih? Di saat cinta bersemi, perhatian lelaki itu amat dinantikan. Lantaran, dia berasa damai menumpang teduh di bawah payung kasih yang menjadi hak mutlaknya.