Sistem kawalan penggunaan kenderaan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia /

Sistem ini dikenali sebagai Sistem kawalan Penggunaan Kenderaan Jabatan Kastam atau ringkasnya SKK. Sistem ini dibangunkan untuk tujuan mengawal penggunaan kenderaan di Ibu Pejabat Jabatan Kastam dan Eksais Diraja. Ciri-ciri yang dikawal ialah dari segi tempahan kenderaan, tuntutan elaun pemandu dan...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 449019 Mohd. Shahrin Mohd. Dom
Format:
Published: Kuala Lumpur : UTM, 1992
Subjects:
Description
Summary:Sistem ini dikenali sebagai Sistem kawalan Penggunaan Kenderaan Jabatan Kastam atau ringkasnya SKK. Sistem ini dibangunkan untuk tujuan mengawal penggunaan kenderaan di Ibu Pejabat Jabatan Kastam dan Eksais Diraja. Ciri-ciri yang dikawal ialah dari segi tempahan kenderaan, tuntutan elaun pemandu dan penyelenggaraan kenderaan. Objektif sistem ini ialah untuk menyediakan maklumbalas dan membantu pihak pengurusan didalam membuat sesuatu keputusan serta merupakan langkah awal kearah Rancangan Pengkomputeran Jabatan Kastam. Sistem semasa sedang beroperasi secara manual. Tempahan kenderaan mestilah dilakukan selewatlewatnya dua hari sebelum tarikh perjalanan untuk memastikan terdapatnya kenderaan yang diperlukan. Tuntutan elaun kerja lebih masa pemandu terpaksa dikumpulkan sehingga penghujung setiap bulan sebelum dapat diproses dan dikemukakan ke Cawangan Kewangan untuk pembayaran. Sistem ini juga lambat untuk mengesan sebarang penyelewengan yang dilakukan oleh pemandu. Oleh yang demikian istem ini adalah tidak lancar, tidak sistematik, menelan belanja yang tinggi serta membazirkan masa. Sistem yang dicadangkan beupaya untuk menyelesaikan masalah-masalah yang diatas. Tempahan kenderaan untuk perjalanan disekitar Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya boleh dilakukan dalam masa satu jam. pemandu juga boleh mengemukakan tuntutan elaun kerja lebih masa setelah setiap kali selesai menjalankan tugas.