Strategi pemasaran rumah kediaman/

Pemasaran seharusnya tidak difahami dengan fikiran kuno yang sempit iaitu jualan. Ia perlu difahami dengan tepat dan ertikata yang lebih luas iaitu memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Usaha hanya merupakan satu cabang kecil pemasaran. Pemasaran adalah meliputi perfahaman keperluan dan kehenda...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 188487 Teo, Geok Kiam
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1993
Subjects:
Description
Summary:Pemasaran seharusnya tidak difahami dengan fikiran kuno yang sempit iaitu jualan. Ia perlu difahami dengan tepat dan ertikata yang lebih luas iaitu memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Usaha hanya merupakan satu cabang kecil pemasaran. Pemasaran adalah meliputi perfahaman keperluan dan kehendak pelanggan, memajukan hasil keluaran, menghargai barangan dan mengagihnya pada masa dan tempat yang betul. Objektif kertas projek ini bertujuan meninjau amalan pemaju dalam empat campuran pemasaran yang dinamakan hasil keluaran, harga, tempat dan promosi di dalam pemasaran projek perumahan. Ia juga melihat strategi pemasaran dan faktor-faktor penting yang mempengaruhi pemaju dalam pemilihan alat pemasaran. Skop kajian kertas projek ini adalah tertumpu kepada projek-projek perumahan yang dilaksanakan di negeri Johor oleh pemaju swasta dari 2 atau 3 tahun yang lepas sehingga penulisan kajian ini. Hasil kajian mendapati empat campuran pemasaran iaitu hasil keluaran, harga, tempat dan promosi telah diamal oleh pemaju dalam pemasaran projek perumahan. Pemaju menggunakan strategi pemasaran yang tertentu dalam pemasaran projek perumahan. Umumnya strategi-strategi ini adalah tertumpu kepada empat campuran pemasaran iaitu 4 p's. Campuran pertama ( hasil keluaran) ditekan dan dititikberatkan oleh pemaju. Semua keperluan dan kehendak pembeli rumah diambilkira dalam pembentukan konsep pembangunan. Strategi pemaju ialah membaiki dan menyediakan projek perumahan yang terbaik untuk memenuhi keperluan dan kehendak pembeli-pembeli rumah. Pemaju didapati berhati-hati dalam penetapan harga rumah (campuran kedua). Semua faktor-faktor penting seperti kos pembangunan, permintaan, sasaran pemasaran, kadar persaing dan lain-lain diambilkira. Strategi penghargaan pemaju-pemaju perumahan umumnya tertumpu kepada jenis penghargaan harga bertanding untuk menentang pesaing-pesaing. Taktik-taktik tambahan penghargaan juga digunakan untuk menarik pembeli-pembeli rumah. Unutk memastikan projek perumahan mudah disampaikan kepada pembeli-pembeli rumah. Pemaju memilih tempat (campuran ketiga) yang mempunyai permintaan yang tinggi serta menggunakan saluran agihan yang paling berkesan. Campuran pemasaran terakhir ialah promosi, pelbagai strategi promosi telah digunakan oleh pemaju dalam usaha pemasaran projek perumahan, ini termasuk pengiklanan, promosi jualan, publisiti dan jualan perseorangan.