Kajian penetapan tarikh milik tapak bagi projek JKR/
Jabatan Kerja Raya adalah agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk menjalankan projek-projek kerajaan. Semasa mengendalikan projek-projek tersebut berbagai masalah telah dihadapi bermula dari proses perancangan, penyediaan dokumen tender, menganalisa tender sehingga diperingkat pos-kontrak. Diant...
主要作者: | |
---|---|
格式: | |
出版: |
Sekudai : UTM,
1993
|
主题: |
总结: | Jabatan Kerja Raya adalah agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk menjalankan projek-projek kerajaan. Semasa mengendalikan projek-projek tersebut berbagai masalah telah dihadapi bermula dari proses perancangan, penyediaan dokumen tender, menganalisa tender sehingga diperingkat pos-kontrak. Diantara masalah yang sering dihadapi oleh JKR ialah tentang kelewatan pihak kontraktor memulakan kerja dari tarikh milik tapak. Tarikh Milik Tapak adalah ditetapkan oleh juruukur bahan di JKR. Tarikh ini dicatitkan dalam Surat Setuju Terima. Pada kebiasaannya dalam menetapkan tarikh ini JKR memperuntukkan jangka masa atau julat masa dua atau tiga minggu dari tarikh Surat Setuju Terima dikeluarkan kepada kontraktor. Pada tarikh ini, tapak bina akan diserahkan kepada kontraktor. Tarikh ini juga adalah merupakan tarikh sepatutnya kontraktor memulakan kerja. Ini kerana tempoh kontrak akan dikira bermula dari Tarikh Milik Tapak. Tetapi apa yang sering didapati berlaku ialah banyak kontraktor gagl untuk memulakan kerja pada tarikh ini. Kebanyakannya memulakan kerja lewat dari tarikh ini. Kadang-kadang kelewatan ini berlanjutan sehingga melebihi tiga bulan. Disini timbul beberapa persoalan iaitu mengapa kontraktor gagal untuk memulakan kerja dengan lebih awal. Apakah sebenarnya masalah yang sering dihadapi oleh kontraktor dalam membuat persediaan untuk memulakan kerja. Begitu juga dengan cara JKR menetapkan tarikh ini julat masa yang diberikan adalah ianya sesuai dan munasabah atau sebaliknya. Berdasarkan isu dan persoalan diataslah dirasakan satu kajian terhadap perlu dijalankan di mana dengan kajian ini nanti akan dapat memberikan satu jawapan yang dapat membendung perkara ini dari berlanjutan. |
---|