总结: | Dewasa ini kerja-kerja pembersihan bangunan mula dipandang berat oleh pihak pengurusan serta penyenggaran bangunan. Ini kerana pembersihan adalah merupakan sebahagian daripada kerja-kerja penyenggaraan dan merupakan langkah awal untuk mengelakkan kerosakkan pada bangunan. Didalam melaksanakan kerja-kerja pembersihan bangunan terdapat dua kadah yang biasa dilakukan iaitu pengurusan dalaman dan juga secara kontrak iaitu penswataan. Melalui kaedah penswastaan, tanggungjawab terhadap perlakdanaan kerja-kerja pembersihan bangunan diserahkan kepada suatu pihak iaitu kontraktor yang mahir didalam bidang tersebut. Didalam kajian ini, penulis telah mengkaji kaedah penswastaan yang dilaksanakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kampus Skudai, Johor serta tanggungjawab pihak-pihak yang terlibat. Selain daripada itu, kesan penswastaan terhadap pihak-pihak yang terlibat juga dikaji dari segi tahap kepuasan pengguna, kos perlaksanaan serta pengurusan kerja. Secara keseluruhannya hasil daripada kajian mendapati pengurusan serta pengawasan yang baik adalah penting supaya matlamat penswastaan dapat dicapai terutamanya dari segi kualiti dan kos perlaksanaan.
|