Kajian kemungkinan menbangunkan sebuah kilang membuat berangan berasaskan gentian kaca/

Kajian kemungkinan ini bertujuan untuk mengenalpasti segala aspek yang diperlukan bagi membangunkan sebuah kilang membuat barangan berasaskan gentian kaca. Aspek-aspek yang dibincangkan merangkumi kajian pasaran, pemilihan lokasi kilang, proses pengeluaran dan peralatan yang terlibat, susunatur kila...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 454939 Nazaruddin Shafri
Format:
Published: 1992
Subjects:
Description
Summary:Kajian kemungkinan ini bertujuan untuk mengenalpasti segala aspek yang diperlukan bagi membangunkan sebuah kilang membuat barangan berasaskan gentian kaca. Aspek-aspek yang dibincangkan merangkumi kajian pasaran, pemilihan lokasi kilang, proses pengeluaran dan peralatan yang terlibat, susunatur kilang, keperluan tenaga kerja, aspek kewangan dan keselamatan dalam industri ini.Kajian pasaran menunjukkan permintaan terhadap barangan keluaran industri ini semakin meningkat. Tumpuan pasaran adalah untuk pasaran tempatan dan luar negara terutama negara yang sedang membangun. Pemilihan lokasi kilang adalah penting dan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan ini perlu dititikberatkan. Kaedah Pemangkatan digunakan dalam membuat pemilihan. Seterusnya, proses yang dikenali sebagai Hand Lay Up Process dicadangkan memandangkan kesesuaianya untuk menghasilkan barangan dalam berbagai saiz dan melibatkan peralatan yang murah. dalam penentuan susunatur kilang, jenis Susunatur Kedudukan Tetap dan teknik Systematic Layout Planning digunakan bagi mendapatkan susunatur cadangan untuk projek ini. Bilangan pekerja di bahagian pengurusan dan pekerja buruh adalah seramai empat belas orang. Aspek kewangan pula mengutarakan analisa kos yang terlibat untuk pembiayaan projek. Jumlah kos pelaburan dianggarkan berjumlah RM206,300. Projek ini memberikan keuntungan yang baik kerana dianggarkan memperolehi pulangan atas jualan sebanyak 18.92%, pulangan atas pelaburan sebanyak 42.1% dan tempoh bayaran balik selama 2.29 tahun. Hasil kajian ini dapat dijadikan sebagai panduan kepada pengusaha khususnya pengusaha bumiputra bagi membangunkan sebuah kilang membuat barangan berasaskan gentian kaca.