Summary: | Tesis ini merupakan satu kajian bertujuan untuk menyelidik dan menganalisa terhadap kelakuan lenturan rasuk berkeratan rentas 'T' dari mula dikenakan momen lentur hingga akhir. Segala perubahan terhadap bentuk rasuk semasa dikenakan momen akan diperhatikan dan nilai momen yang diperlukan untuk memulakan kegagalan akan direkodkan. Selain daripada itu, nilai pesongan akan diambil dengan menggunakan Transduser Displacement supaya perbandingan dengan teori dapat dilakukan. Rasuk dibina dengan menggunakan kepingan keluli nipis yang berbeza ketebalannya. Di sini tiga ketabalan digunakan iaitu 0.4 mm, 0.8 mm dan 1.22 mm. Rasuk adalah terletak mudah dan dilenturkan dengan menggunakan dua kaedah iaitu; 1. Hujung bebas bebibir berada dalam mampatan. 2. Hujung bebas bebibir berada dalam tegangan. keseluruhan ujikaji ini dijalankan dengan menggunakan Universiti Testing Machine yang terdapat di Makmal kajidaya bahan, fakulti Kejuruteraan Jentera, UTM., Skudai.
|