Development of general purpose embedded microprocessor real-time controller using a high level language /

Objektif projek ini adalah untuk membina pengawal digital masa-nyata yang terbenam dan ekonomikal di samping untuk membangunkan perisian operasi sistem masa-nyata. Pada asasnya penggunaan sistem ini adalah mempamerkan waktu sembahyang setiap hari di masjid untuk kegunaan Muslimin dan Muslimat berdas...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 456020 Mohd. Rozali Yusof
Format:
Published: Kuala Lumpur : UTM, 1993
Subjects:
Description
Summary:Objektif projek ini adalah untuk membina pengawal digital masa-nyata yang terbenam dan ekonomikal di samping untuk membangunkan perisian operasi sistem masa-nyata. Pada asasnya penggunaan sistem ini adalah mempamerkan waktu sembahyang setiap hari di masjid untuk kegunaan Muslimin dan Muslimat berdasarkan kepada kedudukan longitud dan latitud masjid tersebut. Projek ini adalah untuk merekabentuk perisian komputer untuk kegunaan perkakasan masa-nyata yang telah disiapkan oleh pelajar tahun lepas (Ng Swee Lan). SMX (Simple Multitasking Executive) boleh dikembangkan untuk pelbagai kegunaan dalam sistem masa-nyata yang terbenam. Walaubagaimanapun, SMX masih dalam proses pembangunan dan belum meluas digunakan lagi. Kita gunakan SMX yang bekerja dalam Turbo C kerana ia lebih baik untuk sistem yang terbenam daripada Microsoft C. Turbo C membenarkan baris-dalam untuk kod perhimpunan dan ini baik untuk sistemyang terbenam. Pada masa akan datang, kebanyakan barangan pengguna akan menggunakan komputer masa-nyata yang terbenam. Untuk menghasilkan penggunaan yang tahan lasak, teknik pembangunan mesti mengambil kira peralatan yang bolehditukar-ganti.