Getaran ke atas talian paip (vibration on pipe line)/

Lapuran ini merangkumi skop kajian yang diperlukan untuk merekabentuk rig ujikaji dalam tiga tatarajah yang berlainan dimensa. Dalam kajian asas penumpuan lebih diberikan kepada rasuk kerana kebanyakan pengiraan adalah menggunakan kaedah rasuk. Beberapa Perkaitan dan perbezaan di antara rasuk dan pa...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 457151 Borhan Siangau @ Julukan Angau
Format:
Published: 1992
Subjects:
Description
Summary:Lapuran ini merangkumi skop kajian yang diperlukan untuk merekabentuk rig ujikaji dalam tiga tatarajah yang berlainan dimensa. Dalam kajian asas penumpuan lebih diberikan kepada rasuk kerana kebanyakan pengiraan adalah menggunakan kaedah rasuk. Beberapa Perkaitan dan perbezaan di antara rasuk dan paip juga diselidik. Selain itu syarat hujung dan syarat sempadan dalam analisa paip juga diberi perhatian kerana ianya mempengaruhi bentuk ragam yang dihasilkan. Dalam rekabentuk rig ujikaji penumpuan diberikan kepada bentuk ragam dan frekuensi tabi yang diperolehi dari setiap tatarajah rig ujikaji. Perbincangan keputusan yang dimuatkan dalam lapuran ini adalah berdasarkan kepada data-data dari ujian yang telah dijalankan. Kaitan di antara keputusan ujikajidengan teori juga dihuraikan secara terperinchi. Lapuran ini boleh digunakan sebagai rujukan untuk menjalankan ujikaji yang melibatkan getaran paip. Penerangan secara terperinchi tentang formula yang digunakan, syarat-syarat yang diambil dan faktor pembetulan boleh digunakan sebagai panduan. Adalah diharapkan dengan adanya rig ujikaji ini maka akan memperbanyakkan lagi peralatan yang ada khususnya di Fakulti Kejuruteraan Jentera. Rig ujikaji ini adalahpenting kerana ianya boleh memberikan pengetahuan tentang bentuk-bentuk getaran yang akan dihasilkan oleh setiap tatarajah yang berlainan dimensa.