Summary: | Objektif projek in melibatkan memperbaiki alat pengolakan dan sinaran. Selain daripada itu, projek ini perlu juga menyediakan satu aturcara (Turbo c++) yang dapat membantu membuat pengiraan dan memplotkan graf berkenaan. Analisis dimensa menunjukkan untuk pemindahan haba secara pengolakan bebas, nombor Nusselt,Nu adalah berfungsi kepada nombor Grashof, Gr dan nombor Prandtl, Pr. Hubungan ini telah dikaji semula melalui ujikaji dan penyelakuan komputer bagi silinder mengufuk dalam aliran melintang, dengan fluk haba yang mantap. Kajian untuk pengolakan paksa juga dilakukan melalui penyelakuan komputer. Keputusan untuk pengolakan bebas telah ditunjukkan dalam graf log Nu lawan log (GrPr). Manakala keputusan bagi pengolakan paksa pula ditunjukkan dalam graf nombor Nusselt,Nu lawan sudut silinder dari titik genangan.
|