Kelakuan beberapa rencam berlapis lapis-serong/
Penggunaan bahan rencam merupakan suatu perkara baru di dalam industri Malaysia. Penggunaanya masih lagi terhad serta teknologinya masih rendah berbanding dengan negara-negara maju. Oleh itu menjadi tanggungjawab kita bersama untuk menerokai bidang ini serta menggunakan bahan ini bagi menggantikanny...
Main Author: | |
---|---|
Format: | |
Published: |
1992
|
Subjects: |
Summary: | Penggunaan bahan rencam merupakan suatu perkara baru di dalam industri Malaysia. Penggunaanya masih lagi terhad serta teknologinya masih rendah berbanding dengan negara-negara maju. Oleh itu menjadi tanggungjawab kita bersama untuk menerokai bidang ini serta menggunakan bahan ini bagi menggantikannya dengan sumber-sumber yang ada. Berdasarkan tujuan inilah maka kelakuan beberapa rencam berlapis lapis-serong dikaji dan dianalisis. Projek ini bertujuan untuk membuat beberapa susunan bahan rencam berlapis sebagai sampel yang akandianalisis. Di sini sampel yang dibuat adalah sebanyak tiga susunan lamina. Penyusunannya adalah secara simetri dan tidak simetric terhadap pertengahan permukaan (keratan rentas). Manakala gentian yang digunakan adalah gentian kaca dan matriknya pula adalah plastik. Sampel-sampel ini akan dianalisis dengan menggunakan ujian tegangan dan ujian ricih bagi mendapatkan sifat-sifat mekanikal bahan tersebut. Selain daripada ujian-ujian yang dinyatakan, kajian juga dibuat berdasarkan kepada Teori Penglaminatan bagi kelakuan makromekanikal lamina dan laminat. |
---|