Automated control laboratory station (A.C.L.S) /

Sebuah Stesen Makmal Kawalan Automatik (A.C.L.S.) telah direkabentuk untuk digunakan di Makmal Kawalan, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia. Sistem ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pelajar untuk menjalankan ujikaji kawalan dibawah penyeliaan sistem berkomputer A....

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 458348 Ching, Jin How
Format:
Published: Kuala Lumpur : UTM, 1993
Subjects:
Description
Summary:Sebuah Stesen Makmal Kawalan Automatik (A.C.L.S.) telah direkabentuk untuk digunakan di Makmal Kawalan, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia. Sistem ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pelajar untuk menjalankan ujikaji kawalan dibawah penyeliaan sistem berkomputer A.C.L.S. ini direkabentuk dengan tujuan untuk membantu pelajar memahami teori asas kejuruteraan kawalan dengan menggunakan perkakasan dan perisian digital yang menarik dan moden. A.C.L.S. dilengkapi dengan satu komputer peribadi serasi 80286 IBM dan mesin pencetak. Sistem berkomputer ini digunakan untuk peroelhan data, pengawasan dan pengawalan ujikaji. Ia dapat menggantikan kebanyakan perkakasan tradisional yang digunakan dalam makmal seperti osiposkop, penjana rangkap, perakam carta jalur dan perakam x-y. Penggunaan komputer dengan perantaramukaan analog-digital dan digital-analog dalam A.C.L.S. bukan sahaja menghasilkan teknik yang menarik dalam ujikaji makmal malahan ia juga menjimatkan masa dan kos.