Ke arah mewujudkan garispanduan bagi perancangan kemudahan penginapan pelancong. Kajian kes : kampong Cherating Lama, Kuantan, Pahang /

penginapan pelancong merupakan elemen utama dalam industri pelancongan. kemudahan penginapan menyumbangkan peratus pendapatan yang tinggi jika dibandingkan dengan lain-lain aspek yang berkait dengan industri tersebut. oleh itu penyediaan kemudahan penginapan yang berkualiti dan selesa adalah penting...

全面介绍

书目详细资料
主要作者: 171706 Birakasan K. Raqavan
格式:
出版: Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1990
主题:
实物特征
总结:penginapan pelancong merupakan elemen utama dalam industri pelancongan. kemudahan penginapan menyumbangkan peratus pendapatan yang tinggi jika dibandingkan dengan lain-lain aspek yang berkait dengan industri tersebut. oleh itu penyediaan kemudahan penginapan yang berkualiti dan selesa adalah penting dalam memperkembangkan industri tersebut. dengan ini perancangan yang teliti perlu dijalankan terhadap aspek tersebut. dalam konteks kawasan kajian iaitu di kampong cherating lama, pembangunan yang tidak teratur telah membawa kepada beberapa implikasi dimana penyediaan penginapan dibangunkan berdekatan antara satu sama lain. pembangunan yang tidak teratur wujud akibat dari tidak adanya satu garispanduan perancangan yang sempurna bagi kawasan ini yang menyebabkan pengusaha membangunkan penginapan mengikut kehendak dan kemampuan mereka. implikasi daripada ini ialah kebanyakan tempat penginapan tidak mempunyai struktur penginapan yang sempurna sama ada dari segi fizikal bangunan ataupun kemudahan infrastruktur. oleh itu kajian ini mendalami aspek-aspek yang perlu diambilkira dalam penyediaan penginapan seperti fizikal bangunan, kemudahan infrastruktur dan sebagainya. hasil kajian menunjukkan beberapa aspek seperti saiz, jarak antara bangunan penyediaan sistem saliran, pembentungan, pengumpulan dan pelupusan sampah dan sebagainya masih tidak diambil perhatian oleh pengusaha. berdasarkan fenomena ini beberapa garispanduan perancangan dicadangkan dimana ianya dibahagikan kepada garispanduan umum dalam bentuk strategik dan garispanduan khusus bangunan penginapandalam bentuk piawaian perancangan. dengan ini adalah disyorkan garispanduan perancangan ini akan dijalankan sebagai panduan dalam merancang pembangunan penginapan pada masa depan.