Summary: | Pelbagai aplikasi Rangkaian Digital Perkhidmatan Bersepadu (ISDN) pada anataramuka S memerlukan pengisyaratan untuk penyambungan dan penamatan komunikasi. Maklumat pengisyaratan dibawa melalui saluran D. Selain dari pengisyaratan, saluran D juga digunakan untuk pertukaran maklumat telemetri dan komunikas paket pada kelajuan rendah. Jadi, projek ini direka untuk menghantar data terutamanya dan suara pada antaramuka pengguna di antara NT dan TE. Projek ini yang dipanggil ISDN Express Card (IEC) adalah satu perisian komunikasi yang mengimplikasikan protokol lapis 1 dan lapis 2 pada antaramuka pengguna rangkaian ISDN. Lapis 2 ISDN, biasanya dikenali sebagai "Link Access Procedure on D Channel" (LAPD) menggunakan "High Level Data Link Control" (HDLC) untuk komunikasi data paket. Projek ini juga mempamerkan komunikasi suara pada antaramuka S. Perisian yang direka (program IEC) mempunyai keupayaan untuk mempamerkan maklumat pengisyaratan dan kandungan serta pertukaran maklumat lain di antara dua sambungan. Dengan itu, projek IEC menyelaku komunikasi data paket pada kelajuan rendah (16 kbps) dan sambungan suara melalui saluran D pada antaramuka pengguna (antaramuka S).
|