Summary: | Kertas projek ini adalah berkenaan dengan satu kad antaramuka, dikenali sebagai pulse input/output interface card. Kad ini menyediakan beberapa fungsi, seperti menghasilkan denyutan dan menerima denyutan di samping mengiranya. Secara amnya, kad ini digunakan sebagai salah satu unit dalam sistem denyutantelemetering, di mana ia adalah litar antaramuka satu alat penghantar dan alat penerima. Kad antaramuka ini berdasarkan kepada sebuah microcontroller, MC68HC11A1 (MCU). MCU ini menyediakan pin-pin untuk fungsi output compare daninput capture, di mana ia digunakan untuk menghasilkan denyutan dan menerimadenyutan. Disamping itu, MCU ini juga membolehkan komunikasi dengan komputer, iaitu melalui antaramuka RS232-C. Kertas projek ini merangkumi seluruh penyelidikan yang telah dijalankan, termasuk rekabentuk, operasi, penggunaan dan penyesuaian masa hadapan. Kad yang dicadangkan akan digunakan oleh sebuah syarikat telemetering pada masa akan datang.
|