Summary: | Baru-baru mi berlaku kegemparan dalam masyarakat Malaysia berkenaan isu anti Hadis. la diikuti dengan pelbagai diskusi
dan perbincangan berkenaannya termasuk di katangan mereka yang tidak memahami maksud Hadis itu sendiri. Secara mumnya, Hadis adalah sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad, meliputi katakata, perbuatan clan ikrar baginda. Telah sabit dengan datil yang qat'ie (putus) bahawa Nabi Muhammad adalah Rasutultah iaitu utusan Allah bagi menyampaikan ajaran Islam kepada manusia. Keimanan terhadap kerasulan mi menuntut ketaatan clan berpegang kepada apa yang dibawa baginda. Penolakan terhadap Hadis pula bukan sekadar memberi implikasi penolakan terhadap Nabi Muhammad tetapi juga penidakkan terhadap kandungan al-Quran itu sendiri. Ini disebabkan ia bercanggah dengan nas-nas daripada al-Quran yang menunjukkan hadis sebagai sumber rujukan kepada umat Islam, antaranya firman Allah dalam ayat j, Surah al-Hashr yang bermaksud: "Apa yang diberikan Rasul kepada mu maka terimalah dia. Dan apa yang ilarangnya bagimu maka tinggalkanlah". Dalam nas yang lain, Allah menjelaskan peranan hadis sebagai penerang
kepada kandungan al-Quran menerusi firman Allah dalam ayat 44, Surah al-NahI yang bermaksud: "Dan kami turunkan kepadamu al- Quran, agar kamu menerangkan kepada umat
manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka clan supaya mereka memikirkan".
|