Kemahiran lnsaniah dan Kokurikulum: Elemen Pembelajaran Berterusan dalam Kursus IQRA' di Universiti Malaysia Pahang

Kemahiran insaniah (KI) atau Soft skills di Universiti Malaysia Pahang (UMP), dahulunya dikenali sebagai Kole} Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia (KUKTEM) adalah kemahiran yang diterapkan secara menyeluruh dan bersepadu dalam kurikulum program pengajian akademik dan juga kursus kokuri...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Zarina, Mohd Ali, Anita, Abdul Rani, Mohamad Hilmi, Mat Said
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Malaysia Pahang 2009
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/14127/1/pbmsk-zarina-Kemahiran%20lnsaniah%20dan%20Kokurikulum.pdf
Description
Summary:Kemahiran insaniah (KI) atau Soft skills di Universiti Malaysia Pahang (UMP), dahulunya dikenali sebagai Kole} Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia (KUKTEM) adalah kemahiran yang diterapkan secara menyeluruh dan bersepadu dalam kurikulum program pengajian akademik dan juga kursus kokurikulum melalui aktiviti formal pengajaran & pembelajaran, program sokongan akademik dan bukan akademik serta aktiviti pembangunan pelajar dalam kehidupan di kampus seawal penubuhan KUKTEM pada tahun 2002 lagi. Terdapat Zima elemen KI yang telah didedahkan kepada pelajar KUKTEM (2002-2006) iaitu Nilai-nilai positif, Keupayaan pembelajaran, Kemahiran berpasukan, Kemahiran berkomunikasi dan Kemahiran kepemimpinan. Kini dengan adanya tujuh elemen KI yang diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sejak 2006 dan tertubuhnya UMP menggantikan KUKTEM mulai awal 2007, kelima-lima elemen Soft skills universiti ini mengalami proses penyeragaman dan penambahbaikan. Kertas ini bertujuan mengemukakan kaedah untuk menilai elemen Pembelajaran Berterusan khususnya pada aras LL3 iaitu KI pada Tahap Tambahan (KIT) bagi kursus kokurikulum lqra '. Berdasarkan amalan di UMP, penilaian dilakukan melalui empat kaedah merangkumi ujian penempatan, formatif, diagnostik dan sumatif yang mendorong kepada pembelajaran kendiri yang terarah dengan mengambil kira ketiga-tiga ciri golongan pelajar yang berorientasikan matlamat, aktiviti mahupun pembelajaran. Bentuk penilaian seperti ini juga didapati berupaya memadankan perincian dalam dua elemen Soft Skills universiti yang asal iaitu Nilai-nilai positif dan Keupayaan pembelajaran, masing-masing pada Tahap I (Asas) dan Tahap II (lndustri) dengan aras 3 (LL3) elemen Pembelajaran berterusan KI pada Tahap Tambahan (KIT).