Summary: | Kuantan, 9 Mac - Sebanyak 300 hasil penyelidikan Universiti Malaysia Pahang (UMP) dipamerkan dalam Pertandingan Reka Cipta, Kreatif dan Inovasi (CITREx) untuk dikongsi bersama masyarakat berjaya menyemarakkan penganjuran Hari Terbuka UMP 2015. Pengunjung dapat saksikan sendiri penghasilan projek-projek penyelidikan yang mengenengahkan elemen kepakaran dan kreativiti penyelidik melibatkan 183 staf dan 117 pelajar di universiti ini dipamerkan pada Hari Terbuka UMP ini. Antara yang menjadi tarikan adalah kunjungan ikon dakwah, Ustaz Don Daniyal yang berpeluang bertemu dengan warga UMP dalam Program Sirah Rasul, Program Saintis Muda dan Fun Learning English.
|