Dialek Keturunan Tok Linggi dalam Kerangka Kearifan Tempatan

Kertas ini membincangkan dialek sebuah komuniti daripada keturunan Tok Linggi yang tinggal di Kampung Relong dalam daerah Lipis, Pahang Darul Makmur. Mereka menggunakan dialek Melayu-Pahang (sub-dialek Lipis) tetapi mempunyai ciri khas akibat pengaruh dialek penutur asal dan proses sosialisasi yang...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Jamal Rizal, Razali, Imaduddin, Abidin
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Malaysia Pahang 2016
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/18606/1/pbmsk-2016-jamal-dialek%20keturunan%20tok%20linggi.pdf
Description
Summary:Kertas ini membincangkan dialek sebuah komuniti daripada keturunan Tok Linggi yang tinggal di Kampung Relong dalam daerah Lipis, Pahang Darul Makmur. Mereka menggunakan dialek Melayu-Pahang (sub-dialek Lipis) tetapi mempunyai ciri khas akibat pengaruh dialek penutur asal dan proses sosialisasi yang telah mereka alami sejak menetap di sini. Ciri khas dialek mereka ini masih digunakan terutamanya oleh generasi tua. Walaubagaimanapun, generasi muda tidak lagi menggunakan ciri khas tersebut dalam komunikasi mereka. Data yang dikemukakan ini didapatkan melalui proses komunikasi spontan yang berlaku sehari-hari di dalam masyarakat ini. Hasil analisis menunjukkan bahawa terdapat kosa kata yang mempunyai ciri-ciri khusus sama ada daripada aspek sebutan, bunyi mahupun makna yang ditemukan. Kewujudan dan penggunaan ciri khas dalam dialek ini dapat dikategorikan sebagai kearifan tempatan kerana memperlihatkan cara, kebijaksanaan pemikiran yang digunakan oleh komuniti bahasa tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa proses penggunaan bahasa oleh komuniti bahasa (orang Melayu) sangat berkaitan dengan latar sosio-budaya yang sekaligus mencerminkan pemikiran dan identiti mereka.