Kesan modul body oriented psychotherapy, spiritual body oriented psychotherapy, teknik biofeedback terhadap remaja bermasalah disiplin di Institut Latihan Teknikal

Pergolakan sosial dalam masyarakat kini menjadi umpama barah yang merebak begitu laju dalam kalangan masyarakat. Masalah ini harus diselesaikan secara seberapa segera dengan pelbagai pendekatan yang dirasakan sesuai bagi membantu ahli masyarakat berfungsi dengan memainkan peranan yang sepatutnya. Ka...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Norizan, Yusof, Muhammad Nubli, Abdul Wahab
Format: Article
Language:English
Published: Widad 2018
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/22027/1/Kesan%20modul%20body%20oriented%20psychotherapy.pdf
Description
Summary:Pergolakan sosial dalam masyarakat kini menjadi umpama barah yang merebak begitu laju dalam kalangan masyarakat. Masalah ini harus diselesaikan secara seberapa segera dengan pelbagai pendekatan yang dirasakan sesuai bagi membantu ahli masyarakat berfungsi dengan memainkan peranan yang sepatutnya. Kajian ini memperkenalkan satu teknik intervensi yang dibangunkan melalui modul kepada pelajar bermasalah di Institut Latihan Teknikal (ILT). Teknik yang dikumpulkan daripada semua teknik pergerakan ekspresif yang dikenali sebagai teknik Body Oriented Psychoterapy (BOP) adalah satu teknik baharu yang dibawa ke Malaysia bagi diaplikasikan kepada individu yang bermasalah. Bagi menyesuaikan teknik tersebut dengan norma, budaya dan Agama masyarakat setempat di Malaysia, makaelemen spiritual Islamdiintegrasikan dalam teknik tersebut yang dikenali sebagai Spiritual Body oriented Psychotehrapy (SBOP). Kedua-dua kesan keberkesanan teknik tersebut diuji terhadap seramai 56 orang pelajar daripada Institut Latihan Teknikal di Kuantan. Hasil keberkesanan teknik diukur dengan menggunakan alat Biofeedback yang menunjukkan kesan terhadap kelegaan yang dihadapi oleh peserta kajian. Hasil kajian ini membuktikan kedua-dua teknik iaitu BOP dan SBOP adalah berkesan memberi kelegaan kepada responden, tetapi SBOP menunjukkan keberkesanan yang lebih tinggi.