Sumario: | Kajian ini bertujuan untuk meneliti pencapaian pelajar UMP yang di bawah program jurutera huffaz yang dikendalikan oleh Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan dan PIMPIN. Responden terdiri dari pelajar UMP yang berada di kampus Pekan dan Gambang yang berjumlah 15 orang secara keseluruhan. Metodologi kajian berbentuk kuantitatif dan dihuraikan secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan hanya 4 pelajar (26.6%) yang berjaya menghafal 5 juzuk dalam satu semester seperti yang ditetapkan. Secara keseluruhannya pencapaian pelajar boleh dikategorikan sebagai sangat cemerlang (mumtaz) seramai 4 orang (26.6%), seorang pelajar cemerlang (jayidd Jiddan) (6.6%), Sementara 7 pelajar (46.6%) mendapat pangkat kepujian (jayyid). Seterusnya 3 pelajar (20%) mendapat pangkat lulus (maqbul).
|