Summary: | Tesis mi membentangkan tentang rekabentuk dan juga pengubahsaian untuk
embangunkan kriteria kereta roda tiga untuk pesakit kurang upaya. Kereta roda tiga
telah digunakan secara meluas pada masa kini, bukan sahaja untuk pesaldt kurang
upaya, malah digunakan juga oleh manusia biasa. Kriteria untuk pesakit kurang upaya
mi ialah pesakit strok yang kurang upaya di bahagian kanan tangan dan kaki, bemmur
di antara 21 hingga 50 tahun,jantina lelaki ataupun perempuan, ketinggian di antara 120
ke 180 sentimeter di mana ketinggian tersebut adalah ketinggian purata bagi seluruh
rakyat Malaysia, dan mereka terdiri daripada pesakit yang hampir 80% sembuh daripada
penyakit strok tersebut. Satu sesi soal jawab telah dilakukan terhadap pesakit-pesakit
strok untuk mereka memilih model kereta roda tiga yang bagaimana yang sesuai dan
selesa bagi mereka Mereka perlu menjawab soalan-soalan berkaitan dengan model
kereta roda tiga dan ciri-ciri yang perlu ada pada kereta tersebut seperti jenis dan saiz
pintu, jenis stereng, kedudukan tempat duduk kereta dan beberapa ciii lagi seperti yang
kita boleh lihat dalam bahagian 4 tesis mi nanti. Jawapan-jawapan dan hasil soal jawab
itu nanti akan dianalisis untuk memilih model dan ciri-ciri yang paling sesuai bagi
pesakit kurang upaya. Rekabentuk kereta mi akan dilukis rnenggunakan perisian
SolidWork di mana perisian mi merupakan perisian yang sesuai untuk melukis model
kereta dalam tiga dimensi.
|