Summary: | Cameron Highlands, 23 Mac- Seramai 35 orang mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang merupakan pemegang Biasiswa UMP berasa teruja kerana berpeluang mendekati masyarakat orang asli dalam program Jelajah Desa @ Pos Menson 2019 Cameron Highlands baru-baru ini. Bertemakan `Bersama Memasyarakatkan Teknologi’, para mahasiswa ini telah menyantuni masyarakat orang asli di Sekolah Kebangsaan Menson dan penduduk kampung Leryar. Program mendapat kerjasama dari Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Tabung Haji Pahang, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA), Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni dan Pejabat Naib Canselor UMP.
|