Pembangunan model latihan spiritual Islam (MLSI) dalam mempertingkatkan kualiti personal dan kebolehpasaran pelajar

Pembangunan nilai kualiti personal dilihat sebagai suatu keperluan yang mendesak masa kini dalam usaha memenuhi sebahagian dari aspek kemahiran employability. Walau bagaimanapun, melalui tinjauan sorotan kajian literatur lepas, didapati tidak banyak data empirikal yang menjelaskan secara holistik me...

Szczegółowa specyfikacja

Opis bibliograficzny
Główni autorzy: Mohd Suhardi, Mat Jusoh, Rashidi, Abbas, Wan Suraya, Wan Nik
Format: Artykuł
Język:English
Wydane: Universiti Malaysia Pahang 2019
Hasła przedmiotowe:
Dostęp online:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/26614/1/Pembangunan%20model%20latihan%20spiritual%20Islam.pdf
Opis
Streszczenie:Pembangunan nilai kualiti personal dilihat sebagai suatu keperluan yang mendesak masa kini dalam usaha memenuhi sebahagian dari aspek kemahiran employability. Walau bagaimanapun, melalui tinjauan sorotan kajian literatur lepas, didapati tidak banyak data empirikal yang menjelaskan secara holistik mekanisma latihan spiritual berasaskan agama dalam rangka pemupukan kualiti personal diri seseorang pelajar universiti. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk menilai tahap kefahaman dan konsistensi serta mengkaji keberkesanan latihan spiritual berasaskan agama dalam rangka pemupukan nilai kualiti personal dalam kalangan pelajar universiti. Reka bentuk kajian ini berbentuk kajian tinjauan iaitu data-data kajian diperolehi melalui instrumen soal selidik yang diedarkan kepada 162 responden di Universiti Malaysia Pahang (UMP) melalui kaedah persampelan bertujuan. Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan tahap kefahaman responden dalam aspek keperluan dan keberkesanan latihan spiritual berada di tahap min yang tinggi. Sebaliknya, pengukuran aspek konsistensi latihan spiritual dalam kalangan responden berada di tahap min yang sederhana tinggi. Oleh itu, ujian korelasi telah mengesahkan bahawa terdapatnya hubungan yang sederhana kuat dan signifikan antara kefahaman latihan spiritual, tahap konsistensi dan kesan pemupukan kualiti personal (r = 0.43, p < 0.01). Akhirnya, kajian ini merumuskan bahawa aspek kefahaman dan tahap konsistensi latihan spiritual perlu dipertingkatkan dalam usaha pemupukan nilai kualiti personal pelajar universiti.