Menjustifikasikan ilmu dan amalah sihir sebagai satu jenayah berdasarkan peruntukan dalam Kanun Keseksaan

Sejarah membuktikan bahawa ilmu sihir boleh digunakan untuk melakukan perbuatan jenayah dan ianya terus menimbulkan ancaman terhadap keamanan dalam kehidupan masyarakat semenjak dahulu hingga ke hari ini. Kesukaran untuk menemukan titik persamaan antara perlakuan jenayah dalam ilmu sihir dengan perl...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mahyuddin, Ismail, Mohd Jim, Hamzah, Siti Aisyah, Romli, Jahid, Hj. Sidek, Zainal Abidin, Kusmin
Format: Article
Language:Malay
Published: Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur 2019
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/27325/1/ARTIKEL%203.doc
Description
Summary:Sejarah membuktikan bahawa ilmu sihir boleh digunakan untuk melakukan perbuatan jenayah dan ianya terus menimbulkan ancaman terhadap keamanan dalam kehidupan masyarakat semenjak dahulu hingga ke hari ini. Kesukaran untuk menemukan titik persamaan antara perlakuan jenayah dalam ilmu sihir dengan perlakuan jenayah secara fizikal menyebabkan kezaliman ini dibiarkan tanpa apa-apa sekatan. Jika dilihat dari segi zahir, undang-undang jenayah di Malaysia khususnya Kanun Keseksaan tidak mempunyai peruntukan yang khusus tentang jenayah ini. Ironinya, penelitian terhadap peruntukan-peruntukan dalam Kanun Keseksaan boleh membuktikan bahawa terdapat persamaan antara jenayah sihir dan jenayah biasa terutama dari segi kesan dan matlamat yang hendak dicapai. Dalam sesetengah keadaan, jenayah sihir mempunyai kesan yang lebih kejam dan melampaui peruntukan yang terdapat dalam Kanun Keseksaan. Artkel ini bertujuan menjustifikasikan fakta bahawa ilmu dan amalan sihir merupakan satu jenayah yang perlu dibanteras melalui mekanisma perundangan. Melalui perbandingan dengan peruntukan-peruntukan dalam Kanun Keseksaan, maka kajian ini diharap dapat menjadi titik permulaan dalam usaha membela individu-individu yang menjadi mangsa kepada jenayah yang dilakukan secara halus ini