Model kebahagiaan hidup pelajar universiti berdasarkan faktor kesihatan mental, kecerdasan spiritual dan demografi

Kebahagiaan hidup merupakan salah satu faktor yang boleh memberi kesan ke atas prestasi akademik pelajar. Sorotan kajian lepas mendapati bahawa antara faktor penyumbang utama kepada kebahagiaan hidup pelajar ialah kesihatan mental dan kecerdasan spiritual. Tahap kebahagiaan hidup juga berbeza bagi s...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Salehan Alhafiz, Mat Wajar, Rohana, Hamzah
Format: Article
Language:English
Published: www.msocialsciences.com 2020
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/30045/1/Model%20kebahagiaan%20hidup%20pelajar%20universiti%20berdasarkan%20faktor%20kesihatan.pdf
Description
Summary:Kebahagiaan hidup merupakan salah satu faktor yang boleh memberi kesan ke atas prestasi akademik pelajar. Sorotan kajian lepas mendapati bahawa antara faktor penyumbang utama kepada kebahagiaan hidup pelajar ialah kesihatan mental dan kecerdasan spiritual. Tahap kebahagiaan hidup juga berbeza bagi setiap pelajar bergantung kepada faktor demografi mereka. Walau bagaimanapun, kajian lanjutan perlu dijalankan bagi mengenal pasti sejauh mana kesihatan mental dan kecerdasan spiritual boleh mempengaruhi kebahagiaan hidup dan prestasi akademik dalam konteks pelajar universiti di Malaysia. Kajian mengenai pengaruh faktor demografi seperti jantina, tahun pengajian dan agama terhadap tahap kebahagiaan hidup pelajar juga masih belum diterokai sepenuhnya. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk membangunkan sebuah model konseptual kebahagiaan hidup pelajar daripada aspek kesihatan mental, kecerdasan spiritual dan demografi berdasarkan sorotan kajian lepas dan teori-teori berkaitan seperti Teori Psikologi Positif Seligman (2003), Teori Kecerdasan Spiritual Amram (2008) dan Teori Kesejahteraan Subjektif Diener (1984). Model yang dibangunkan ini boleh dijadikan rujukan untuk mengkaji hubungan antara kesihatan mental, kecerdasan spiritual dan demografi dengan kebahagiaan hidup dan prestasi akademik pelajar universiti di negara ini.