Summary: | Norma baharu, segalanya digital. Tidak dinafikan keperluan penggunaan bahan sumber elektronik semasa tempoh pandemik yang melanda kini agak meningkat. Kesedaran pengguna untuk mengenali dan menggunakan sumber rujukan elektronik juga semakin menggalakkan. Sebagai sebuah perpustakaan akademik yang menyokong aktiviti pembelajaran dan kecemerlangan penyelidikan, Perpustakaan UMP telah melanggan beberapa sumber rujukan elektronik untuk kegunaannya. Pada tahun 2018 dan 2019, jumlah langganan sumber rujukan elektronik adalah sebanyak 14 judul manakala pada tahun 2020 pula telah berkurang kepada sepuluh judul sahaja.
|