Summary: | ISTILAH “derhaka” mahupun “penderhakaan” tidak tertulis secara nyata dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun, itu tidak bermakna istilah tersebut tiada dalam konteks Perlembagaan Persekutuan.
Kaedah pentafsiran Perlembagaan Persekutuan mengikut prinsip takrifan struktur asas yang digariskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandhi (2018) hendaklah mengambil kira sejarah perundangan dan konteks sejarah watan sesebuah negeri, atau negara.
“Derhaka” atau “penderhakaan” merupakan satu konsep dalam adat Melayu, yang bukan sahaja menggariskan tatacara dalam perhubungan antara Raja Melayu dengan rakyat, bahkan hubungan sosial tradisional secara keseluruhannya.
Adat Melayu ialah salah satu sumber perundangan yang masih sah kerana ia adalah sebahagian maksud undang-undang di bawah Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan.
|