Summary: | Kaedah titik paling barat digunakan untuk menentukan zon waktu solat di Pahang. Pada masa ini, terdapat 6 zon waktu solat di Pahang dan setiap zon ini diwakili oleh satu titik rujukan yang terletak di sebelah barat zon tersebut.Waktu Solat untuk setiap zon dikira berdasarkan titik rujukan yang dipilih. Oleh itu, kawasan barat dan kawasan timur setiap zon dianggap berkongsi waktu solat yang sama. Perbezaan waktu solat sebenar antara sebelah timur dan sebelah barat mana-mana zon tidak boleh melebihi dua minit sebagai mengikut garis panduan JAKIM. Namun begitu, zon yang ditetapkan semasa tidak memenuhi kriteria tersebut. Kelebaran setiap zon waktu solat di Pahang juga gagal memenuhi syarat yang disarankan pakar bagi mengelak perbezaan melebihi dua minit. Akibatnya, kawasan pantai Rompin dan Kuantan pada waktu solat adalah empat minit lebih awal daripada stesen rujukan yang terletak di Felda Chempaka. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji isu-isu berkaitan dengan amalan kaedah titik paling barat di Pahang. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kaedah pengumpulan data dilakukan melalui analisis kandungan. Pangkalan data juga digunakan untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan kajian. Hasil kajian mendapati kaedah yang digunakan di Pahang untuk menentukan zon waktu solat perlu dinilai semula bagi menyelesaikan isu tersebut.
|